Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individukepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ).
Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.

1. Fasa Pengenalan
- Bermula : 29.10.1994 berakhir 31.12.1996
- Memberi kesedaran dan minat kepada generasi muda mengenai peluang pelbagai aktiviti Sembilan Gaya Hidup.
2. Fasa Pembangunan
- Bermula : 01.01.1995 berakhir 31.12.1996
- Menumpukan kepada pengisian program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta sistem perlaksanaan yang lebih berkesan dan memberi tumpuan kepada menangani isu sosial remaja.
3. Fasa Pemantapan
- Bermula : 01.01.1997 berakhir 31.12.2000
- Perlaksanaan program ini disusun semula di mana ia difokuskan mengikut sektor bagi meningkatkan liputan perlaksanaan dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup. Memberi peluang yang lebih kepada pengelibatan masyarakat terhadap program ini.
4. Fasa Pengembangan
- Bermula : 01.01.2001 berakhir 31.12.2005
- Mengembangkan program ini supaya menjadi sebuah institusi sosial yang penting dan diiktiraf mmasyarakat dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap di seluruh Negara. Program Pada fasa ini akan dilaksanakan besesuaian dengan kehendak generasi muda semasa disamping program bercorak pengambangan di dalam pelbagai bidang baru selaras dengan pembangunan Negara.
Aktiviti Program
Aktiviti yang dijalankan berbentuk aktiviti dalaman atau luaran. Aktiviti ini berbentuk aktiviti yang dapat memenuhi dan menceriakan golongan muda di masa lapang. Ianya disusun supaya seimbang dengan pembangunan rohani dan jasmani, supaya dapat membentuk sikap dan nilai serta perubahan minda, pandangan tentang hidup dan semangat.
Bagi menjamin perlaksanaan program ini selaras dengan kehendak dan tujuan ianya dijalankan. Kementerian Belia dan Sukan telah mewujudkan Kod Amalan Program Rakan Muda. Kod Amalan didefinisikan seperti berikut :
Empat aspek penting dijadikan asas Kod Amalan ini iaitu :
- Peranan dan tanggungjawab pelaksana, pengajur dan pembawa program
- Kesempurnaan perlaksanaan dan kualiti hasil
- Penglahiran potensi tertinggi generasi muda
- Pematuhan kepada prinsip Rukun Negara
Kod Amalan Rakan Muda adalah seperti berikut :
- Penganjur yang menggunakan Logo Rakan Muda adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program
- Memberi keutamaan kepada anak muda yang berdaftar diri di bawah gaya hidup rakan muda
- Menganjurkan program yang mempunyai cirri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyburan budaya ilmu dan penerapan akhlak yang baik.
- Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.
- Memelihara batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang
- Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan Negara.
- Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program
- Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program rakan muda.
- Pengajur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batas Agama, Bangsa dan Ekonomi.
- Memberi khidmat terbaik kepad peserta setiap masa.
Wawasan Rakan Muda
Bagi mencapai WAWASAN NEGARA dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (MAKA KAMI) generasi muda peserta Program Rakan Muda akan sentiasa mematuhi prinsip berikut:-
- Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara
- Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia
- Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan
- Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang
- Meningkatkan ilmu dan kemahiran di perlbagai program yang disertai
- Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangatn persaudaraan umat manusia sejagat
- Mengutamakan keselamatan semasa menyertai program