RAKAN MUDA

            PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA 


                                    RAKAN MUDA




        Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPM) bertujuan untuk memberi pengiktirafan oleh pihak kerajaan atas penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14-25 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbang kepada proses pembangunan mereka melalui pendekatan(8) Gaya Hidup Rakan Muda. Anugerah Ini merupakan Skim Anugerah yang bertaraf Antarabangsa. Anugerah ini telah diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Award for Young People yang mula diperkenalkan pada tahun 1956 di United Kingdom.Setakatini,sebanyak 126 buah negara di seluruh dunia telah menyertai program ini.Anugerah ini bukan satu pertandingan tetapi lebih menekankan kepada cabaran individu selain daripada gaya hidup yang seimbang,fleksibel serta sukarela yang berterusan dan menyeronokkan.Ianya merupakan satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja dalam menanam nilai-nilai yang berkualiti seperti semangat bekerjasama, sukarela dan patriotik ke arah mencapai personaliti unggul. 




 

PROGRAM RAKAN MUDA


                                           


                  Program Rakan Muda telah dilancarkan pada 29 Oktober 1994 di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Idea penubuhan ini tercetus daripada Wawasan 2020 dengan pendekatan untuk memperkukuhkan dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Misi teras utama program ini adalah bagi melahirkan potensi tertinggi generasi belia supaya mendokong matlamat pembangunan Negara. Ianya bagi membolehkan golongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya.
                               






                        KOMPONEN RAKAN MUDA 




    Peserta boleh mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando, karate-do, wushu, judo, silambam, kalari payat dan aikido. Selain untuk mengisi masa lapang dengan bergiat cergas dan mempelbagaikan kemahiran ia juga dapat mempertingkatkan daya ketahanan diri dan kawalan emosi. 




                Aktiviti peserta meliputi pengkajian perkembangan bandar dan desa, tempat bersejarah dan menghargai keindahan alam semulajadi. Ianya dapat meningkatkan kesedaran tentang Pentingnya menjaga dan mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar. 




                    Menyerlahkan bakat golongan remaja dengan menceburi Rakan Seni Budaya. Selain memberi pendedahan kepada peserta tentang seni dan budaya. Mempertingkatkan pemikiran tentang pentingnya menghargai nilai budaya kita agar ia dapat terus diwarisi. 




             Mendedahkan minda kepada inovasi dan penemuan baru dalam pelbagai bidang teknologi dan kemahiran supaya dapat melahirkan generasi berdaya cipta dan berdya saing selaras dengan pembangunan Negara.




               Aktiviti yang dijalankan merangkumi larian, senamrobik, ujian kecergasan, gim rakyat dan kegiatan aerobik. Ini membolehkan remaja mempertingkatkan prestasi dan daya ketahanan disamping mendapat kepuasan daripada bidang yang diceburi. 




             Impian anda untuk mengurus dan menceburi kerjaya dalam bidang perniagaan atau pengurusan diri. Pendedahan kepada khidmat nasihat, motivasi dan pusat sumber membolehkan remaja menimba ilmu yang bermanfaat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih berjaya. 
 
                Peserta dilatih dari segi kepimpinan, bina semangat, paramedik, khidmat nasihat, kerja sosial, kejiranan, gotong-royong, balik kampung dan program mentor. Penerapan nilai murni akan memantapkan lagi para peserta dalam usaha membangunkan masyarakat dan negara.



               Rakan Muda Remaja Siber merupakan Rakan terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Bahagian Pembangunan Rakan Muda yg mana antara lain bertujuan mendekatkan belia2 dengan arus pembangunan global disamping memberi peluang dan ruang kepada belia2 setempat untuk mengaktifkan diri dalam dunia siber.